Isnin, 28 September 2009

Salam 9 Syawal

Seluruh staf Bunga Serai mengambil kesempatan pada 9 Syawal mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pelanggan setia Bunga Serai Catering di mana jua berada khasnya kepada muslimin dan muslimat.
Selamat hari raya maaf zahir batin dari Lynn dan sekeluarga....

Selasa, 1 September 2009

Menu Popular

















Hidangan Ramadan dari Bunga Serai

Keterangan Gambar:
Chef Leen bersama pembantunya Dwi Astutik bersama hidangan ayam percik.


Ayam madu daun pandan

Ihsan Chef Leen Qasem dari Bunga Serai



Bahan-bahan:
Seekor ayam
Cili kering
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Sos cili
Madu
Santan
Serbuk lada hitam
Bawang besar
Sedikit gula
Sedikit garam
Air asam jawa
Daun pandan
Secawan air
Cara membuatnya:
Ayam yang sudah dibersihkan, hendaklah digaul dengan garam kunyit lalu diperap sepuluh minit sebelum digoreng. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih. Tumis semua bahan yang dikisar tadi. Selepas ditumis, masukkan air, sos cili dan madu dan garam. Masukkan semua bahagian ayam yang sudah digoreng, serbuk lada hitam, air asam dan santan. Gaul dan biarkan mesra selama sepuluh minit. Kemdua baru angkat dan hiasi menu ini dengan hirisan bawang besar.
Ayam Percik
Bahan A:

1kg ketulan ayam
400 ml santan
2 asam keping
Minyak
Garam
Gula secukup rasa
Bahan B (dikisar halus):
5 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang merah
Sedikit halia
10 biji cili kering - direbus dahulu
Sebatang serai
2 biji buah keras
Cara membuatnya:
Perap ayam bersama dengan sedikit bahan yang telah dikisar dan sedikit garam. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan santan, garam, gula dan asam keping. Masak hingga kuah menjadi pekat. Teruskan mengacau kuah untuk mengelakkan santan daripada naik minyak. Tutupkan api dan gaulkan kuah bersama ayam yang telah diperap di dalam mangkuk. Panggang ayam di dalam oven sehingga masak. Hidangkan di dalam pinggan dan letakkan lebihan kuah di atas ayam.
Goreng sotong berempah
Bahan-bahan A:
½kg sotong
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Dua biji bawang besar
2 tangkai daun kari
Sesudu rempah kari daging
Sesudu teh garam
Sesudu teh serbuk kunyit
Bahan-bahan B:
Bawang besar - potong nipis
2 sudu tepung jagung
Sesudu tepung naik sendiri
¼ sudu teh garam
Bahan-bahan C:
2 cawan minyak masak
1 sudu minyak sapi
Cara membuatnya:
Cuci sotong dan potong kecil-kecil. Kisar bahan A dan gaul dengan sotong, perap 30 minit. Panaskan minyak, masukan juga minyak sapi, goreng sotong dengan menutup tudung supaya tidak hangus. Hidang bersama sos lada hitam atau cili sos.
Terima kasih kepada Chef Lynn Qasem, pemilik Bunga Serai Catering (03-26912722/016-9092412) kerana memberi kerjasama sesifoto semua resipi.